Selamat Datang

Laman sesawang baru Tekun Corporation

Sedia Membantu

Kami sedia membantu dalam memajukan perniagaan anda

Menuju Ke Hadapan

Bersama-sama mengorak langkah mewujudkan masyarakat berdaya saing

Standard Post with Image

Promosi Air Mineral

Promosi air mineral TCorp. Dengan pembelian 10 kotak air mineral anda akan dapat 1 kotak secara PERCUMA!!

Baca Lebih Lanjut

Pelancaran logo baru Tekun Nasional.

Tekun Corporation Sdn Bhd

Penubuhan TEKUN Corporation

TEKUN Corporation Sdn Bhd (TCSB) merupakan anak syarikat di bawah TEKUN Nasional yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Februari 2014 dengan nombor pendaftaran 1082602-T.

Penubuhan TEKUN Corporation Sdn Bhd adalah satu landasan bagi TEKUN Nasional mendapatkan sumber pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pelaburan dan aktiviti-aktiviti perniagaan bagi memastikan kelangsungan operasi TEKUN Nasional dalam melaksanakan matlamatnya membantu golongan usahawan. Sebagai subsidiari utama penjana pendapatan kepada TEKUN Nasional , Tekun Corp telah merancang satu pelan strategik yang mapan dan berdaya maju dengan fokus utama kepada 3 segmen...

Baca Lebih Lanjut

Perkhidmatan Kami

Perisian Perakaunan Untuk Usahawan

Perisian Perakaunan Untuk Usahawan

TEKUN Corp telah menjalin hubungan usahasama dengan 4 buah syarikat perisian dalam membangunkan sistem perakaunan berkonsepkan web-based yang ringkas dan mesra pelanggan tanpa memerlukan pengetahuan perakaunan yang khusus kepada usahawan-usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan.

Pelbagai pakej perisian perakaunan yang telah disediakan oleh pihak kami untuk usahawan-usahawan ini mengikut saiz perniagaan dan keperluan mereka.

Entrepreneur Hub Tekun

Entrepreneur Hub Tekun

TEKUN Corporation Entreprenur Hub merupakan salah satu inisiatif untuk membantu mempermudahkan prosedur usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan. TEKUN Corp E-Hub menawarkan pelbagai pakej menarik untuk para usahawan termasuk juga latihan merangkumi kategori pemprosesan, pertanian/perikanan, kemahiran dan kiosk.

Terdapat lima cawangan TEKUN Corp E-Hub yang telah beroperasi bagi mempercepatkan proses penghantaran mesin dan perkhidmatan selepas jualan. TEKUN E-Hub mempunyai bantuan teknikal bagi melancarkan operasi TEKUN Corp E-Hub dengan lebih efisien.

Agen Kutipan Hutang

Agen Kutipan Hutang

TEKUN Corporation menyediakan perkhidmatan penyumberan luar (oursourcing) bagi perkhidmatan panggilan pelanggan kepada agensi berkaitan, terutamanya untuk kerja-kerja kutipan pinjaman. Dengan kapasiti 30 staf yang berpengalaman, kami di TEKUN Corp yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan berkualiti tinggi dan menarik.